top of page

English | Bahasa Malaysia

Nota Privasi SysArmy

Notis dikeluarkan kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan kami,  selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") di Malaysia. Kami SysArmy Sdn Bhd dan/atau kumpulan syarikatnya (selepas ini dirujuk sebagai "SysArmy" ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami mengekalkan maklumat peribadi tertentu tentang diri anda sebagai sebahagian daripada rekod kami.

Kami menghargai sokongan anda terhadap perkhidmatan kami dan menghargai perhubungan kami dengan anda. Kami ingin terus berkomunikasi untuk mendapatkan maklum balas mengenai produk kami, perkhidmatan, promosi dan perkara yang berhubungan dengan tujuan-tujuan utama di atas , yang menarik untuk anda dari semasa ke semasa.

Notis yang berikut boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang menyatakan sebab kami mengumpul maklumat tersebut, jenis maklumat yang dikumpulkan, pendedahan kami kepada pihak ketiga (jika ada) dan mereka yang berkenaan yang anda boleh hubungi untuk mendapakan akses kepada maklumat anda.

SysArmy mempunyai hak untuk meminda notis ini kepada pelanggan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan akan memaklumkan perubahan yang dilakukan di laman web syarikat iaitu (https://www.sysarmy.net/) atau medium lain yang dirasakan sesuai dan akan dimaklumkan kepada anda.

1. Tujuan Pengempulan Maklumat

Penggunaan maklumat adalah untuk tujuan berikut :

  • Komunikasi

  • Penyimpanan rekod dalaman

  • Menyediakan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami

  • Aktiviti kewangan dan pemasaran

  • Perjanjian urus niaga

  • Pentadbiran am

  • Menilai kesesuaian anda berkerja di dalam organisasi melalui permohonan pekerjaan

  • Untuk menyesuaikan laman web kami mengikut minat anda

2. Jenis Maklumat yang Dikumpul

Data peribadi yang mungkin kami kumpul ialah:

  • Nama, umur, bangsa, jantina, warganegara, nombor kad pengenalan, tarikh lahir;

  • Butir-butir hubungan seperti alamat rumah, alamat tempat kerja, nombor telefon;

  • Latar belakang pendidikan;

  • Butiran pekerjaan semasa dan masa lalu;

  • Maklumat akaun bank;

  • Apa-apa maklumat lain yang dibekalkan oleh anda yang secara tidak langsung atau secara langsung yang boleh mengenal pasti anda , dalam usaha kami untuk menjalankan aktiviti dengan anda.

3. Akibat tidak Membekalkan Butiran Data Peribadi anda

Kegagalan untuk membekalkan kami dengan data peribadi yang diperlukan mungkin :

  • Menyebabkan kami tidak dapat meneruskan kontrak perkhidmatan atau perjanjian dengan anda ;

  •  Menyebabkan kami tidak dapat berkomunikasi notis, perkhidmatan tambah nilai dan memberikan maklumat terkini kepada anda;

  • Menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan seperti dinyatakan di atas.

4. Pendedahan Maklumat Peribadi

Data peribadi anda akan disimpan secara rahsia tetapi anda memberi persetujuan dan kebenaran anda kepada kami untuk memberi atau berkongsi data peribadi anda kepada pihak-pihak tersebut:

  • Individu / Organisasi yang dikehendaki di bawah undang-undang atau diatas permintaan/kehendak kerajaan;

  • Anak syarikat yang berkaitan, pegangan SysArmy, termasuk entiti-entiti di bawah SysArmy pada masa hadapan;

  • Agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, agensi-agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang;

  • Juruaudit, akauntan, peguam di bawah SysArmy

  • Kontraktor, sub-kontraktor daripada SysArmy ;

  • Pembekal perkhidmatan / produk pihak ketiga yang disifatkan perlu atau sesuai bagi tujuan yang dinyatakan di atas (termasuk di luar Malaysia , di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap keselamatan yang sama);

  • Mereka yang di bawah tugasan kerahsiaan kepada SysArmy.

 

Data yang dikongsi adalah bertujuan seperti yang dinyatakan dalam notis ini atau tujuan-tujuan lain yang tidak dinyatakan namun berhubungkait dengan tujuan utaman pengumpulan data tersebut.

Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda yang mana diperlukan oleh undang-undang atau jika pendedahan adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, proses undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

5. Keselamatan Data

Kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyimpan dan memproses data peribadi anda dengan selamat. Kami akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan berikut:

  • Pelaksanaan dasar keselamatan maklumat secara formal dan kawalan teknologi yang perlu seperti ‘firewall’, kawalan kata laluan, keselamatan fizikal, log dan pemantauan, dan  lain-lain;

  • Kawalan proses seperti pengasingan tugas, garis panduan bagi peranan dan tanggungjawab, dan perkara asas yang harus kakitangan ketahui;

  • Pembekal pihak ketiga dan kontraktor yang menyimpan atau/dan memproses data peribadi telah melaksanakan standard keselamatan yang sama.

6. Pengekalan Data Peribadi

Maklumat peribadi anda akan disimpan untuk hanya tempoh yang diperlukan untuk menepati tujuan yang dinyatakan di atas dan selepas itu kami akan memastikan bahawa data peribadi anda akan dihapuskan secara selamat, tanpa mendedahkan anda atau dipadam secara kekal jika ia tidak lagi perlu disimpan. Sebab-sebab lain untuk pihak kami menyimpan maklumat anda walaupun selepas menepati tujuan termasuk:

  • untuk memenuhi undang-undang, pengawalseliaan atau perakaunan;

  • untuk melindungi kepentingan SysArmy.

7. Pemasaran Secara Langsung

Pihak kami berkemungkinan menggunakan maklumat anda untuk memaklumkan anda mengenai pekhirmatan dan/atau produk dari pihak kami atau pihak ketiga yang berkaitan dengan kami, yang mungkin berkaitan dengan minat anda, melainkan dipohon oleh anda untuk tidak melakukan demikian.

Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda kepada peniaga dan rakan strategik yang terpilih. Pendedahan tersebut hanya akan berlaku di mana anda telah melanggan servis atau produk tertentu yang memerlukan persetujuan anda diperolehi, tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang dikenakan kepada SysArmy.

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak ketiga yang kami berkongsi data peribadi anda juga mempunyai privasi yang sesuai dan tanggungjawab menyimpan rahsia.

Jika anda tidak mahu data peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran dan promosi, sila hubungi kami di butiran perhubungan di bawah. Arahan bertulis anda yang terkini kepada kami akan diguna pakai.

8. Hak Akses dan Pembetulan Data

Di bawah PDPA, anda berhak untuk mengakses data peribadi anda dan memohon untuk melakukan pembetulan pada data peribadi anda yang mungkin tidak tepat, tidak dikemaskini, tidak lengkap atau mengelirukan.

Berkenaan dengan ini, anda boleh:

  • Meminta untuk memeriksa dan mengakses data peribadi anda dalam rekod kami;

  • Meminta supaya kami membetulkan mana-mana maklumat yang tidak  tepat, tidak dikemaskini, tidak lengkap atau mengelirukan;

  • Meminta salinan data dari kami.

 

Setelah kami menerima permohonan anda, kami akan mengakui penerimaan permintaan tersebut. Untuk pindaan data dan pembetulan, kami akan mengambil kira jika maklumat tersebut memerlukan pindaan. Jika terdapat apa-apa percanggahan pendapat, maka kami akan menyatakan sebab tersebut dengan jelas seperti hak pengguna lain dilanggar, atau fungsi pengawalseliaan akan terjejas.

Selaras dengan PDPA, dan tidak tehad kepada undang-undang yang berkaitan, kami berkemungkinan:

  • mengenakan bayaran pentadbiran untuk memproses pernohonan anda untuk akses atau/dan pembetulan kepada data peribadi, mengikut kelulusan yang telah ditetapkan di dalam sub-peraturan PDPA; dan

  • enggan mematuhi permohonan anda untuk mengakses atau/dan melakukan pembetulan kepada maklumat peribadi dan memaklumkan anda melalui notis bertulis bagi tindakan itu.

 

9. Pemindahan Maklumat Peribadi anda ke Luar Malaysia

Sekiranya perlu, kami berkemungkinan memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan dan juga rakan niaga kami yang memainkan peranan dalam membekalkan sebahagian dari perkhidmatan kami terletak di luar Malaysia. Anda bersetuju untuk membenarkan kami untuk memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia dengan keadaan dimana ia adalah keperluan untuk memenuhi permintaan anda yang telah melanggan perkhidmatan/produk tersebut.

Kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan mana-mana rakan niaga terikat dengan kontrak untuk TIDAK menggunakan maklumat peribadi anda untuk sebarang sebab kecuali untuk memberi perkhidmatan/produk yang telah dinyatakan oleh kami untuk menjaga maklumat peribadi anda.

10. Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut atau penjelasan mengenai akses data peribadi, pembetulan, pemadaman atau apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan PDPA, anda boleh menghubungi kami melalui butiran-butiran berikut:

Email                 info@sysarmy.net

No tel:                 03-9173 7600

Alamat  :             Suite 12-11, 12th Floor, Wisma Zelan,

Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Sri Permaisuri

56000 Kuala Lumpur, Malaysia

11. Bahasa

Seperti Seksyen 7(3) PDPA, notis ini diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya tidak konsisten, syarat-syarat versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

bottom of page